Senikata
Hilang sudah tangisan dan tawa
Rinduku ini menebal didada
Terkenang kini dikau yang mulia
Seribu kali sayang kini kau tiada
-Piala Seni Dikir II (Dari mulut ke mulut. Hati ke hati)
Kisah kezaliman raja perita deria
Raja yang bertakhta buat sesuka cita
Ikut nafsu durjana rakyat terkorban jiwa
Turuti perintah membisu seribu bahasa
-Planet Dikir 2003
Selayang pandang tidak dikenang
Seimbas renung berputar fikiran
Pedih di hujah demi kebaikan
Akal terbuka harus di amalkan
-Pertandingan Irama Dikir V 2003
Seulit renungan membakar fikiran
Diselubungi penuh dengan kepahitan
Tersentak dari pelusuk khayalan
Yang tersimpul di benang ingatan
-Piala Encik Lim Boon Heng 2004
Sejak dulu kala di zaman ayah ibunda
Dari usia tua hingga ke golonggan muda
Dari kaum lelaki hingga ke wanita
Dari dewasa dicontohi remaja
-Pesta Senandung Rakyat IV. (Wabak)
Di dalam riuh diuja memadat
Daun menadah kasih sang perkasa
Sayap ogah, kelopak tersemat
Bergenang sangsi yang menyutradara
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Saringan (Hilang Gelap, Timbul Terang)
Pandang ufuk minda menyusul acuan
Damba coretan bersemai teladan
Ikut hembusan naluri, hindari tiruan
Dibuai dalam mimpi disambut sorakan
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Finals (Kunci)
AKAR
Tumpat?
Tumpat adalah nama sebuah kota di Kelantan. Tumpat juga bermakna penuh ataupun berisi.
Tumpat diberikan nama kerana pengasas kumpulan kami telah banyak mempelajari seni dikir barat lebih mendalami di kota itu. Tumpat telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1995. Tetapi ia hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja.
Pada tahun 2002, Tumpat telah dibuka semula oleh Dapi. Dialah yang telah melatih dan cuba mahirkan kami dalam seni dikir asli. Begini muncullah Tumpat '02.
Tempat kami berteduh
Geylang Serai Community Club
Kelab Masyarakat Geylang Serai telah bersama kami untuk masa yang agak lama dan kami bersedia kata ia bagai rumah kedua kami. Dance Studio 2. Bilik yang kami sering berlatih dalam.
Makcik makcik di opis dah ibaratkan emak sendiri. Begitu juga dengan 'Mak' kami di Gerai minuman Keluarga Bahagia di Haig road. Allhamdulillah ada yang sudi curahkan kasih.
Laut pun ada pasang surutnya
Malang bagai sejarah pahit yang berulang. Setiap kumpulan memang wujudnya perselisihan dan tidak lepas dari rintangan. Kami tersedia menghadapi segala cabaran. Doa kan lah supaya kami tetap berkekalan.
Hidup Seni. Hidup Asli.
AKHBAR
Sunday, December 11, 2005
Sukses
Ya, Dikir Shiok Beraya 2005 sebuah sukses pada pendapat organisersnya dan tumpat sendiri. Banyak yang dipelajari kerana sebelum DSB, kami hanya menjadi peserta dalam pertandingan-pertandingan dikir barat. Kini kami lebih berpengalaman dan sedar betapa susahnya menguruskan sebuah pertandingan. Dari acara ini kami harap semua yang involved, termasuk para penonton, peserta dan pengurusi, enjoyed the event. Ayam masak merah dia not bad seh
Keputusan: Keseluruhan Johan: Angkatan Dikir Sekolah Lama Naib-Johan: Andika Ketiga: Keris
Piala Khas Tumpat: Andika (Criteria: 1. Kumpulan yang baik [dalam kelakuan/sikap] sepanjang pertandingan - tak beri masalah. 2.Kumpulan yang membuat persembahan yang cukup unique tetapi masih menepati ciri-ciri dikir barat. 3. Sebulat suara Kumpulan Tumpat berdasarkan persembahan kumpulan itu.)
Individu Senkata: Andika Juara: Angkatan Dikir Sekolah Lama Karut: Angkatan Dikir Sekolah Lama Paluan: Angkatan Dikir Sekolah Lama
Angkatan Dikir Sekolah Lama
Andika
Keris
Akademi Seni Warisan Anak
Harapan
Angkatan Dikir Sekolah Baru
Permarkahan masih sedang disediakan. Hingga jumpa lagi. Mega Perdana 2006, "Here we come!"