AJU
Hanya yang sesuci embun di alam maya
Hanya yang dengan setulusnya


Proceed to Tumpat Guestbook

*****


AKRAB
(Saudara-saudara seperjuangan)
Dikir Barat Singapura
Andika
Ayunda
Dendang Mutiara
Kelana Purba
Makyong Kedek
Nafiri Utara
Panjy
Rajawali


Best viewed under 1024 x 768 pixels
@ Nafrikid Productions 2005.
All Rights Reserved
Questions/queries: tumpatwebmaster@yahoo.com
ALAM

Lagu

Mengapa tak seindah dulu?



Di mana ku cari ganti?



Gambar
Persembahan Di Har Paw Villa
Piala Seni Dikir II
Majlis Perkahwinan Di Clementi
>2002-2004

Senikata
Hilang sudah tangisan dan tawa
Rinduku ini menebal didada
Terkenang kini dikau yang mulia
Seribu kali sayang kini kau tiada
-Piala Seni Dikir II (Dari mulut ke mulut. Hati ke hati)


Kisah kezaliman raja perita deria
Raja yang bertakhta buat sesuka cita
Ikut nafsu durjana rakyat terkorban jiwa
Turuti perintah membisu seribu bahasa
-Planet Dikir 2003


Selayang pandang tidak dikenang
Seimbas renung berputar fikiran
Pedih di hujah demi kebaikan
Akal terbuka harus di amalkan
-Pertandingan Irama Dikir V 2003


Seulit renungan membakar fikiran
Diselubungi penuh dengan kepahitan
Tersentak dari pelusuk khayalan
Yang tersimpul di benang ingatan
-Piala Encik Lim Boon Heng 2004


Sejak dulu kala di zaman ayah ibunda
Dari usia tua hingga ke golonggan muda
Dari kaum lelaki hingga ke wanita
Dari dewasa dicontohi remaja
-Pesta Senandung Rakyat IV. (Wabak)


Di dalam riuh diuja memadat
Daun menadah kasih sang perkasa
Sayap ogah, kelopak tersemat
Bergenang sangsi yang menyutradara
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Saringan (Hilang Gelap, Timbul Terang)


Pandang ufuk minda menyusul acuan
Damba coretan bersemai teladan
Ikut hembusan naluri, hindari tiruan
Dibuai dalam mimpi disambut sorakan
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Finals (Kunci)
AKAR
Tumpat?
Tumpat adalah nama sebuah kota di Kelantan. Tumpat juga bermakna penuh ataupun berisi.

Tumpat diberikan nama kerana pengasas kumpulan kami telah banyak mempelajari seni dikir barat lebih mendalami di kota itu. Tumpat telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1995. Tetapi ia hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja.

Pada tahun 2002, Tumpat telah dibuka semula oleh Dapi. Dialah yang telah melatih dan cuba mahirkan kami dalam seni dikir asli. Begini muncullah Tumpat '02.

Tempat kami berteduh
Geylang Serai Community Club

Kelab Masyarakat Geylang Serai telah bersama kami untuk masa yang agak lama dan kami bersedia kata ia bagai rumah kedua kami. Dance Studio 2. Bilik yang kami sering berlatih dalam.
Makcik makcik di opis dah ibaratkan emak sendiri. Begitu juga dengan 'Mak' kami di Gerai minuman Keluarga Bahagia di Haig road. Allhamdulillah ada yang sudi curahkan kasih.


Laut pun ada pasang surutnya

Malang bagai sejarah pahit yang berulang. Setiap kumpulan memang wujudnya perselisihan dan tidak lepas dari rintangan. Kami tersedia menghadapi segala cabaran. Doa kan lah supaya kami tetap berkekalan.


Hidup Seni. Hidup Asli.
AKHBAR

Monday, December 26, 2005

Sabtu, 24hb Disember.
Kami diundang Masjid Darussalam untuk membuat persembahan bertemakan Jihad sepena Forum Jihad yang diadakan pada malam itu. Sambutan sungguh hangat dari members Tumpat. Terima kasih untuk peluang mengeratkan lagi sirrahturahim antara kami semua!

Juara
Sungguh sedih kalau tengok peperangan*
tindih-tindih atas tembok bergulinggan
paling sedih putus kaki, kudung tangan
tinggal kasi tinggal bini putus tunang
(*Actual word: kemalangan)

Yengki
Merah mengalir nyawa menghilang
jari menggetir tangis berlinang
gelar jihad Maha Penyayang
runtuh makna dijadikan jalang

Kelantan
Ulang-ulang ia dirakam
ulang-ulang ia ditayang
minda dunia ia menerkam
salah faham wabak melayang

Hai peluru dilepaskan
konon suci peperangan
apa guna senjataan
sempurnakan dulu iman

Patani
Peperangan!

Jihad: Peperangan suci untuk mempertahankan agama Islam demi Allah s.w.t

Peperangan?
Oh..Tembak, senapang, bom...baru-baru ni, Nuclear!

Bukan...itu salah faham.

Peperangan bukan setakat pedang dengan pedang,
senapang dengan senapang
bunuh-menbunuh!

Tetapi..
Berjuang untuk iman, kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan hidup kita sebagai umat Islam.

Matang
(Insert Matang Citra)

Penutup
Ala Ewa, Ewa Bulan
Wau Bulan Teraju Tiga

>Tamat<



(Clockwise)Briefing dari Ardi Soldadu Negara (bottom left), Buskering by Amin(Majeek Kain Batik)- Bopeng on gendang/sound effects, Syarahan dari yang berbahagia Uztaz Zuraidi Heartlanders, Big boss Balaq as the Secretary


Ardi dan Bopeng. Pasang mereka, Zuli dan Zana berhijab sepena dibawah bumbung masjid.


Hafal, jangan tak hafal! "Lepas juara yengki, lepas yengki kelantan, lepas kelantan matang, lepas matang....."


Baju gosok seh!


No commentars


Karut: Ardi, Juara: Hafiz


Mempersembahkan persembahan


Hal ehwal lain:
VCD Dikir Shiok! Beraya!!! in the making. InsyaAllah jadi. More updates di sini.

Tumpat


Bukan Kerna Harta Atau Nama



Selamat Datang Ke Lelaman Tumpat.

UPDATED!!!