Senikata
Hilang sudah tangisan dan tawa
Rinduku ini menebal didada
Terkenang kini dikau yang mulia
Seribu kali sayang kini kau tiada
-Piala Seni Dikir II (Dari mulut ke mulut. Hati ke hati)
Kisah kezaliman raja perita deria
Raja yang bertakhta buat sesuka cita
Ikut nafsu durjana rakyat terkorban jiwa
Turuti perintah membisu seribu bahasa
-Planet Dikir 2003
Selayang pandang tidak dikenang
Seimbas renung berputar fikiran
Pedih di hujah demi kebaikan
Akal terbuka harus di amalkan
-Pertandingan Irama Dikir V 2003
Seulit renungan membakar fikiran
Diselubungi penuh dengan kepahitan
Tersentak dari pelusuk khayalan
Yang tersimpul di benang ingatan
-Piala Encik Lim Boon Heng 2004
Sejak dulu kala di zaman ayah ibunda
Dari usia tua hingga ke golonggan muda
Dari kaum lelaki hingga ke wanita
Dari dewasa dicontohi remaja
-Pesta Senandung Rakyat IV. (Wabak)
Di dalam riuh diuja memadat
Daun menadah kasih sang perkasa
Sayap ogah, kelopak tersemat
Bergenang sangsi yang menyutradara
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Saringan (Hilang Gelap, Timbul Terang)
Pandang ufuk minda menyusul acuan
Damba coretan bersemai teladan
Ikut hembusan naluri, hindari tiruan
Dibuai dalam mimpi disambut sorakan
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Finals (Kunci)
AKAR
Tumpat?
Tumpat adalah nama sebuah kota di Kelantan. Tumpat juga bermakna penuh ataupun berisi.
Tumpat diberikan nama kerana pengasas kumpulan kami telah banyak mempelajari seni dikir barat lebih mendalami di kota itu. Tumpat telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1995. Tetapi ia hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja.
Pada tahun 2002, Tumpat telah dibuka semula oleh Dapi. Dialah yang telah melatih dan cuba mahirkan kami dalam seni dikir asli. Begini muncullah Tumpat '02.
Tempat kami berteduh
Geylang Serai Community Club
Kelab Masyarakat Geylang Serai telah bersama kami untuk masa yang agak lama dan kami bersedia kata ia bagai rumah kedua kami. Dance Studio 2. Bilik yang kami sering berlatih dalam.
Makcik makcik di opis dah ibaratkan emak sendiri. Begitu juga dengan 'Mak' kami di Gerai minuman Keluarga Bahagia di Haig road. Allhamdulillah ada yang sudi curahkan kasih.
Laut pun ada pasang surutnya
Malang bagai sejarah pahit yang berulang. Setiap kumpulan memang wujudnya perselisihan dan tidak lepas dari rintangan. Kami tersedia menghadapi segala cabaran. Doa kan lah supaya kami tetap berkekalan.
Hidup Seni. Hidup Asli.
AKHBAR
Monday, November 07, 2005
Kepada semua anggota (Kaki, badan, tangan dan kepala) Tumpat, Kami ingin menganjur
HARI RAYA BERSAMA TUMPAT! Tarikh: 19th November 2005, Sabtu Masa: (Akan Datang)
Sila Hubungi Saudara Heartlanders kami aka Zuraidy di talian *90285194 untuk keterangan lanjut dan mengesah kehadiran anda untuk majlis ini.
*Setiap panggilan akan berharga lima posen. Pemanggil bawa umur 18 harus minta izin dari kedua ibu bapa anda.