AJU
Hanya yang sesuci embun di alam maya
Hanya yang dengan setulusnya


Proceed to Tumpat Guestbook

*****


AKRAB
(Saudara-saudara seperjuangan)
Dikir Barat Singapura
Andika
Ayunda
Dendang Mutiara
Kelana Purba
Makyong Kedek
Nafiri Utara
Panjy
Rajawali


Best viewed under 1024 x 768 pixels
@ Nafrikid Productions 2005.
All Rights Reserved
Questions/queries: tumpatwebmaster@yahoo.com
ALAM

Lagu

Mengapa tak seindah dulu?



Di mana ku cari ganti?



Gambar
Persembahan Di Har Paw Villa
Piala Seni Dikir II
Majlis Perkahwinan Di Clementi
>2002-2004

Senikata
Hilang sudah tangisan dan tawa
Rinduku ini menebal didada
Terkenang kini dikau yang mulia
Seribu kali sayang kini kau tiada
-Piala Seni Dikir II (Dari mulut ke mulut. Hati ke hati)


Kisah kezaliman raja perita deria
Raja yang bertakhta buat sesuka cita
Ikut nafsu durjana rakyat terkorban jiwa
Turuti perintah membisu seribu bahasa
-Planet Dikir 2003


Selayang pandang tidak dikenang
Seimbas renung berputar fikiran
Pedih di hujah demi kebaikan
Akal terbuka harus di amalkan
-Pertandingan Irama Dikir V 2003


Seulit renungan membakar fikiran
Diselubungi penuh dengan kepahitan
Tersentak dari pelusuk khayalan
Yang tersimpul di benang ingatan
-Piala Encik Lim Boon Heng 2004


Sejak dulu kala di zaman ayah ibunda
Dari usia tua hingga ke golonggan muda
Dari kaum lelaki hingga ke wanita
Dari dewasa dicontohi remaja
-Pesta Senandung Rakyat IV. (Wabak)


Di dalam riuh diuja memadat
Daun menadah kasih sang perkasa
Sayap ogah, kelopak tersemat
Bergenang sangsi yang menyutradara
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Saringan (Hilang Gelap, Timbul Terang)


Pandang ufuk minda menyusul acuan
Damba coretan bersemai teladan
Ikut hembusan naluri, hindari tiruan
Dibuai dalam mimpi disambut sorakan
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Finals (Kunci)
AKAR
Tumpat?
Tumpat adalah nama sebuah kota di Kelantan. Tumpat juga bermakna penuh ataupun berisi.

Tumpat diberikan nama kerana pengasas kumpulan kami telah banyak mempelajari seni dikir barat lebih mendalami di kota itu. Tumpat telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1995. Tetapi ia hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja.

Pada tahun 2002, Tumpat telah dibuka semula oleh Dapi. Dialah yang telah melatih dan cuba mahirkan kami dalam seni dikir asli. Begini muncullah Tumpat '02.

Tempat kami berteduh
Geylang Serai Community Club

Kelab Masyarakat Geylang Serai telah bersama kami untuk masa yang agak lama dan kami bersedia kata ia bagai rumah kedua kami. Dance Studio 2. Bilik yang kami sering berlatih dalam.
Makcik makcik di opis dah ibaratkan emak sendiri. Begitu juga dengan 'Mak' kami di Gerai minuman Keluarga Bahagia di Haig road. Allhamdulillah ada yang sudi curahkan kasih.


Laut pun ada pasang surutnya

Malang bagai sejarah pahit yang berulang. Setiap kumpulan memang wujudnya perselisihan dan tidak lepas dari rintangan. Kami tersedia menghadapi segala cabaran. Doa kan lah supaya kami tetap berkekalan.


Hidup Seni. Hidup Asli.
AKHBAR

Tuesday, July 05, 2005

A'kum.
Setelah lama menghilangkan diri dan dalam masa yang sama, runtuhnya web hoster kita, kini kembali menghias website baru ini. Tukar ini, tukar itu.. tiga jam hah..

Chantek tak?
Tak?
ah gi jahanam... heh

Whats up?
Untuk pertama kalinya, Tumpat dapat jejak pentas peringkat akhir. Ini ialah Peringkat Akhir DikiruLan, Piala Dr Tony Tan.
Kami amat bersyukur tetapi juga sedar bahawa ada lebih banyak yang kami boleh improve on. insya allah satu hari dapat placing.. heh..



Next comp: Layar Citra Dikir

Sampai nanti
Tumpat


Bukan Kerna Harta Atau Nama



Selamat Datang Ke Lelaman Tumpat.

UPDATED!!!