AJU
Hanya yang sesuci embun di alam maya
Hanya yang dengan setulusnya


Proceed to Tumpat Guestbook

*****


AKRAB
(Saudara-saudara seperjuangan)
Dikir Barat Singapura
Andika
Ayunda
Dendang Mutiara
Kelana Purba
Makyong Kedek
Nafiri Utara
Panjy
Rajawali


Best viewed under 1024 x 768 pixels
@ Nafrikid Productions 2005.
All Rights Reserved
Questions/queries: tumpatwebmaster@yahoo.com
ALAM

Lagu

Mengapa tak seindah dulu?



Di mana ku cari ganti?



Gambar
Persembahan Di Har Paw Villa
Piala Seni Dikir II
Majlis Perkahwinan Di Clementi
>2002-2004

Senikata
Hilang sudah tangisan dan tawa
Rinduku ini menebal didada
Terkenang kini dikau yang mulia
Seribu kali sayang kini kau tiada
-Piala Seni Dikir II (Dari mulut ke mulut. Hati ke hati)


Kisah kezaliman raja perita deria
Raja yang bertakhta buat sesuka cita
Ikut nafsu durjana rakyat terkorban jiwa
Turuti perintah membisu seribu bahasa
-Planet Dikir 2003


Selayang pandang tidak dikenang
Seimbas renung berputar fikiran
Pedih di hujah demi kebaikan
Akal terbuka harus di amalkan
-Pertandingan Irama Dikir V 2003


Seulit renungan membakar fikiran
Diselubungi penuh dengan kepahitan
Tersentak dari pelusuk khayalan
Yang tersimpul di benang ingatan
-Piala Encik Lim Boon Heng 2004


Sejak dulu kala di zaman ayah ibunda
Dari usia tua hingga ke golonggan muda
Dari kaum lelaki hingga ke wanita
Dari dewasa dicontohi remaja
-Pesta Senandung Rakyat IV. (Wabak)


Di dalam riuh diuja memadat
Daun menadah kasih sang perkasa
Sayap ogah, kelopak tersemat
Bergenang sangsi yang menyutradara
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Saringan (Hilang Gelap, Timbul Terang)


Pandang ufuk minda menyusul acuan
Damba coretan bersemai teladan
Ikut hembusan naluri, hindari tiruan
Dibuai dalam mimpi disambut sorakan
-DK Ulan - Piala Dr Tony Tan Finals (Kunci)
AKAR
Tumpat?
Tumpat adalah nama sebuah kota di Kelantan. Tumpat juga bermakna penuh ataupun berisi.

Tumpat diberikan nama kerana pengasas kumpulan kami telah banyak mempelajari seni dikir barat lebih mendalami di kota itu. Tumpat telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1995. Tetapi ia hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja.

Pada tahun 2002, Tumpat telah dibuka semula oleh Dapi. Dialah yang telah melatih dan cuba mahirkan kami dalam seni dikir asli. Begini muncullah Tumpat '02.

Tempat kami berteduh
Geylang Serai Community Club

Kelab Masyarakat Geylang Serai telah bersama kami untuk masa yang agak lama dan kami bersedia kata ia bagai rumah kedua kami. Dance Studio 2. Bilik yang kami sering berlatih dalam.
Makcik makcik di opis dah ibaratkan emak sendiri. Begitu juga dengan 'Mak' kami di Gerai minuman Keluarga Bahagia di Haig road. Allhamdulillah ada yang sudi curahkan kasih.


Laut pun ada pasang surutnya

Malang bagai sejarah pahit yang berulang. Setiap kumpulan memang wujudnya perselisihan dan tidak lepas dari rintangan. Kami tersedia menghadapi segala cabaran. Doa kan lah supaya kami tetap berkekalan.


Hidup Seni. Hidup Asli.
AKHBAR

Monday, December 26, 2005

Sabtu, 24hb Disember.
Kami diundang Masjid Darussalam untuk membuat persembahan bertemakan Jihad sepena Forum Jihad yang diadakan pada malam itu. Sambutan sungguh hangat dari members Tumpat. Terima kasih untuk peluang mengeratkan lagi sirrahturahim antara kami semua!

Juara
Sungguh sedih kalau tengok peperangan*
tindih-tindih atas tembok bergulinggan
paling sedih putus kaki, kudung tangan
tinggal kasi tinggal bini putus tunang
(*Actual word: kemalangan)

Yengki
Merah mengalir nyawa menghilang
jari menggetir tangis berlinang
gelar jihad Maha Penyayang
runtuh makna dijadikan jalang

Kelantan
Ulang-ulang ia dirakam
ulang-ulang ia ditayang
minda dunia ia menerkam
salah faham wabak melayang

Hai peluru dilepaskan
konon suci peperangan
apa guna senjataan
sempurnakan dulu iman

Patani
Peperangan!

Jihad: Peperangan suci untuk mempertahankan agama Islam demi Allah s.w.t

Peperangan?
Oh..Tembak, senapang, bom...baru-baru ni, Nuclear!

Bukan...itu salah faham.

Peperangan bukan setakat pedang dengan pedang,
senapang dengan senapang
bunuh-menbunuh!

Tetapi..
Berjuang untuk iman, kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan hidup kita sebagai umat Islam.

Matang
(Insert Matang Citra)

Penutup
Ala Ewa, Ewa Bulan
Wau Bulan Teraju Tiga

>Tamat<



(Clockwise)Briefing dari Ardi Soldadu Negara (bottom left), Buskering by Amin(Majeek Kain Batik)- Bopeng on gendang/sound effects, Syarahan dari yang berbahagia Uztaz Zuraidi Heartlanders, Big boss Balaq as the Secretary


Ardi dan Bopeng. Pasang mereka, Zuli dan Zana berhijab sepena dibawah bumbung masjid.


Hafal, jangan tak hafal! "Lepas juara yengki, lepas yengki kelantan, lepas kelantan matang, lepas matang....."


Baju gosok seh!


No commentars


Karut: Ardi, Juara: Hafiz


Mempersembahkan persembahan


Hal ehwal lain:
VCD Dikir Shiok! Beraya!!! in the making. InsyaAllah jadi. More updates di sini.

Tumpat


Bukan Kerna Harta Atau Nama




Sunday, December 11, 2005

Sukses

Ya, Dikir Shiok Beraya 2005 sebuah sukses pada pendapat organisersnya dan tumpat sendiri. Banyak yang dipelajari kerana sebelum DSB, kami hanya menjadi peserta dalam pertandingan-pertandingan dikir barat. Kini kami lebih berpengalaman dan sedar betapa susahnya menguruskan sebuah pertandingan. Dari acara ini kami harap semua yang involved, termasuk para penonton, peserta dan pengurusi, enjoyed the event.
Ayam masak merah dia not bad seh

Keputusan:
Keseluruhan
Johan: Angkatan Dikir Sekolah Lama
Naib-Johan: Andika
Ketiga: Keris

Piala Khas Tumpat: Andika
(Criteria: 1. Kumpulan yang baik [dalam kelakuan/sikap] sepanjang pertandingan - tak beri masalah. 2.Kumpulan yang membuat persembahan yang cukup unique tetapi masih menepati ciri-ciri dikir barat. 3. Sebulat suara Kumpulan Tumpat berdasarkan persembahan kumpulan itu.)

Individu
Senkata: Andika
Juara: Angkatan Dikir Sekolah Lama
Karut: Angkatan Dikir Sekolah Lama
Paluan: Angkatan Dikir Sekolah Lama





Angkatan Dikir Sekolah Lama


Andika


Keris



Akademi Seni Warisan Anak


Harapan


Angkatan Dikir Sekolah Baru


Permarkahan masih sedang disediakan. Hingga jumpa lagi. Mega Perdana 2006, "Here we come!"

Masih tergantung soalannya.

Rayakah Hari Raya?
Tumpat


Bukan Kerna Harta Atau Nama




Friday, December 09, 2005



Perjumpaan Hari Raya: DIKIR SHIOK! BERAYA!!!
Ticket: $15
Masa: 5-9
Tempat: Geylang Serai CC. Map
AttireBaju Kurung

Kumpulan yang akan bertanding:
Akademi Seni Wariasan Anak
Harapan
Angkatan Dikir Sekolah Lama
Hatta Kampung Kita
Andika
Keris


Jangan marah ye
Lama tak update


Bukan Kerna Harta Atau Nama




Monday, November 07, 2005

Kepada semua anggota (Kaki, badan, tangan dan kepala) Tumpat, Kami ingin menganjur

HARI RAYA BERSAMA TUMPAT!
Tarikh: 19th November 2005, Sabtu
Masa: (Akan Datang)

Sila Hubungi Saudara Heartlanders kami aka Zuraidy di talian *90285194 untuk keterangan lanjut dan mengesah kehadiran anda untuk majlis ini.

*Setiap panggilan akan berharga lima posen. Pemanggil bawa umur 18 harus minta izin dari kedua ibu bapa anda.

haha
Melayu broken.
Pohlowon Puteh


Bukan Kerna Harta Atau Nama




Friday, October 28, 2005

Ini dia. Sudah pun update. Tapi tak tau apa nak update. Jadi tukar lah sikit template. Pada semua Saudara seperjuangan yang beragama islam, Selamat Berpuasa.
Updates on DIKIR SHIOK! BERAYA!!! will be up soon.

Salam Ramadhan
Tumpat


Bukan Kerna Harta Atau Nama




Tuesday, October 04, 2005



Bukan Kerna Harta Atau Nama




Monday, July 18, 2005

Alhamdulillah..
Tak terbayang, kami menang, harapan untuk senikata dan paluan, mengecap kejayaan, tempat kedua, Layar Perak Citra dengan naskah tentang bayang bayang.


Tapi Paluan salah spell hah.



Juara

Si Burung Pingai mengiring langkah pertama
Bertapak insan di ambang bab yang segar
Tidak lagi digari, kian dipergarah
Ingin larikan diri dari bayangannya

Sudah insaf dikandung tembuni penjara
Hidup kembali bak dilahirkan semula
Tidak lagi derhaka, kian dahaga
Bertatihlah insan, maju menyambung kisah

Mimpi rajuk menghilang diganggu siang
Dalam terang ia diekor bayang-bayang
Tidak lagi terkurung, kian terkurang
Enggan memara, muka comot berarang

Yengki

Jatuh hukuman, berat dijunjung
Insan tersungkur mencium tanah
Rebah nama, malu didukung
Terkenang masa tangga menimpa

Walau terang sinar harapan
Ditiup lesap suluh kebebasan
Biar aku dalam kegelapan
Asal tidak nampak bayangan?

Kelantan

Sedang tatah, mengorak langkah
Diekor rapat kisah lama
Sorok bakat kerana nista
Takut diri dipandang hina

Kini sejarah menjadi bayang
Membuntut sepanjang jalan
Pinta seteguk peluang
Dan secebis keyakinan

Pattani

Eh...Itu dulu..

Yelah aku tahu
"Tak dengar kata ibu.....?"
Dulu suka main baju, tubuh bertatu
Hah...Pukul orang dengan kayu
Tetapi sepandai pandainya aku melompat,
Akhirnya aku jatuh...aduh...
Laa... kena tangkap dengan mereka yang seragam biru

Kini dah lepas pun hukumanku
Ingin mula hidup yang baru
Namun aku masih ragu-ragu
Kerna orang melihat bayangan dahulu
Lepas itu baru aku...

Aku malu, segan dan pilu
Aku merayu kepadamu!
Aku pun nak maju
Ambillah yang jernih, buang saja yang keruh

Matang

Sudah lah nasib, suratan diri
Buruk dan baik kini telah terjadi

Hanya hamparan dibentang rapi
Buat imbasan, memenuh intipati

Hanya cubaan, jangan diulangi
Tak usah malu, tegak terus berdiri

Penutup

Ala burung, Si Burung Pingai
Hinggap di jiwa, mencetus ikhtiar

Ingin benar kami sampaikan sorak-sorai
Pada yang berani dan tidak mengaku kalah

Karya Pena Pahlawan Putih
Lagu Ciptaan Asli Tumpat


Oh Tuhan..
Tumpat


Bukan Kerna Harta Atau Nama



Selamat Datang Ke Lelaman Tumpat.

UPDATED!!!